Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman : Mahabbah Walk 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Oh ya,lama sudah ini entri ada dalam draft. 😂😅 Lupa mahu edit dan post. Mahabbah Walk 2018 sebenarnya berlaku dalam bulan 3 hari itu. Dan ini antara event walkathon paling seronok aku pernah sertai setakat ini,sebab aku kalau ada duit baru join event marathon/walkathon. Kena bajet yg ada,jalanlah. Kalau famili tak mahu,seorang lah aku. 

Aku dapat tahu pasal event ini dari twitter rasanya. Lupa dah. Teruja sangat nak sertai sebab lokasi event di Taman Botani Shah Alam (TBSA)! Setakat 26 tahun hidup,belum pernah lagi masuk ke situ! Itu sebab aku ambil kesempatan join ini event,alang² dah event dalam ni kita tengok apa yg ada. Ajak sekali mak aku. Yg lain tak mahu ikut. 


Lokasi TBSA pun aku baru tahu dekat mana sbb survey dulu maps,rupanya tak jauh dari Sekyen 7. Lagi 1 yg aku tak sangka kan,sebab race kit - tshirt event rupanya lengan panjang. Maaflah mcm teruja sbb baru berjinak dgn aktiviti mcm ini,ada beberapa event pula selalu lengan pendek. 

Okaylah,aku tak tahu nak menaip apa sebab benda dah lepas tetiba nak ingat² balik walaupun memori indah belaka,tapi tak ada feel nak menaip. 😂

Tentatif program. 
Okay ikut dalam tentatif program : pendaftaran adalah pukul 6.30 pagi. Aku dari rumah (Klang) nak ke Shah Alam dalam hampir sejam,memandangkan naik motor jadi boleh lah cepat. Bertolak dari rumah sebelum 6 pagi. Azan subuh pun belum berkumandang. Boleh singgah mana² masjid/surau dekat TBSA pun ada,cuma kena masuk dlm.

Sampai TBSA dalam 6.25 lebih kurang. Memang gelap & seram. Tapi aku tak ada masalah. Cuma mak aku lah risau sikit. Huhu. Sebab risau tak buka lagi TBSA lah,tak nampak orang lain lah. Aku pujuk diri. Masuk juga ke TBSA walaupun dari gerbang tu lampu jalan tak ada,gelap! 😭😫 Sampai depan sikit ada pondok tiket masuk utk parking. Ok,aku kan baru pertama kali datang,baru tahu harga tiket parking utk motor RM1 saja. Kemudian sempatlah tanya abang tiket lokasi parking motor,sebab aku tak tahu. Masa aku sampai pondok tiket,nampak juga ada kereta dekat parking kereta,maknanya dah ada peserta lain dah datang!



Masa pendaftaran ada beberapa orang dah datang duduk situ. Datang meja daftar & sbb dah daftar dia bagi button badge je la yg masa collect race kit,belum diberi lagi. Dari langit gelap ke cerah,mmg seronoklah juga sbb selalu join event dgn famili mesti sampai lewat,sbb ramai kan. Jadi kali ni aku ajak mak keluar awal sbb aku jenis tak suka lewat² sangat. Nanti terkejar². 

Menunggu ketibaan siapa entah. Dah ramai masa ni...
Okay,ada pemain bola sepak,siapa eh nama dia,ada datang sekali dgn group beliau. Lupa. Google lah ya. Tak lama lepas beliau sampai,ketibaan Raja Muda Selangor pula! Dah sampai VIP semua,ada sesi bergambar VIP dgn penaja.


Ambil lah gambar puas². 😂 Yg bestkan,kitaorang tak ada sesi warm up dulu! Aduh! Mungkin sebab dah lari masa,terpaksalah. Ingatkan pemain bola sepak nak buat aerobik ke apa.

Di garisan mula sebelum bermulanya program. Selepas selesai sesi gimik pelancaran pelepasan belon. 

Ini baru permulaan! Rupanya di depan lagi dekat mana entah,azab juga lah naik turun bukit. 😂😭 5 km okay! Aku gerak sorang dulu,dah nak habis,baru nak tunggu mak. 



Dah sampai garisan penamat! Bersyukur betul! Dapat goodies bag,ada barang dari penaja. Dan tak lupa diberi medal & sijil penyertaan.

Medal dan sijil penyertaan. Medal berbeza ikut siapa cepat dia dapat. 
Selesai dah ambil apa yg patut boleh balik dah,tapi malas nak balik dulu,rehat sekejap & ambil air Milo lori,segarkan tekak. Ada yg dah balik,ada yg lepak dengan geng memasing. Dah cukup rehat,aku pun ajak mak balik & singgah tempat lepak biasa. 

Kalau nak komen pasal event ini kan,rasanya cuma bab masa yg tak teratur. Aku ada terdengar juga ada sorang kakak ni tak dapat medal/goodies bag. Wallahualam lah. Tapi keseluruhan,program best!

Berita lain mengenai event ni 

Sekian terima kasih.